Philips A5-Pro bersama DJ Malaysia, Simon Lee & Alvin

Gibson Innovations, syarikat bagi jenama Gibson dan  juga pemegang lesen jenama Royal Philips telah menjalin kerjasama dengan DJ terkemuka Malaysia untuk mewujudkan satu dunia baharu dalam bidang penataan bunyi apabila headphone Philips A5-Pro rekaan  Armin Van Buuren  dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Antara mereka yang akan bekerjasama dengan Gibson Innovations untuk projek ini  adalah DJ duo terhebat dari Malaysia, Simon Lee & Alvin. Duo ini merupakan penerbit muzik elektronik, DJ, hos bagi rancangan mixshow di setesen radio, dan juga pemilik syarikat rakaman. Hasil karya Simon Lee & Alvin  telah diketengahkan di dalam rancangan FLY FM Five-O sejak tahun 2008 lagi dan telah mendapat tempat di hati para peminat EDM di Malaysia dan juga seluruh dunia

Philips A5-Pro ini telah direka khas oleh DJ legenda antarabangsa, Armin van Buuren bagi memenuhi keperluannya sebagai seorang DJ globetrotting. Headphone Philips A5- PRO merupakan satu alatan yang penting bagi setiap DJ profesional dan juga bagi seluruh penggemar muzik.

Menggabungkan reka bentuk tertutup aluminium yang kukuh dengan sumber yang tepat dan jelas yang tiada tolok bandingnya, headphone Philips A5-PRO direka untuk pengawasan audio dan mixing bertaraf profesional di mana-mana sahaja.

Headphone ini didatangkan dengan penebat bunyi yang sempurna dan sesuai untuk persembahan di hadapan khalayak ramai. Selain itu, kusyen bingkai bayonet yang boleh diganti ini disertakan didalam tiga saiz. Ciri-ciri unik ini pastinya akan menjanjikan keselesaan maksimum. Anda hanya perlu putarkan sehingga ia klik dengan sempurna,sama seperti mekanisme untuk lensa kamera. Bentuk aluminium anod yang boleh dilipat juga mudah disesuaikan untuk pengasingan bunyi yang optimum.

Simon Lee & Alvin adalah artis EDM yang telah berada di dalam industri muzik dance selama lapan tahun dengan sebelas singles telah dikeluarkan setakat ini. Karya mereka telah mencatatkan lebih 200,000 putaran di dalam talian.

Mereka juga mengungguli carta pada Beatport dan iTunes serta radio-radio  di Amerika Syarikat, United Kingdom, Belanda, Jerman dan Malaysia. Selain itu, muzik mereka juga terdapat  didalam kompilasi-kompilasi muzik dance yang dikeluarkan di diseluruh dunia

“Kami bekerja menghasilkan muzik sepanjang masa – di studio atau di mana sahaja. Philips A5- PRO membolehkan kami untuk membezakan kualiti bunyi yang kami perlukan untuk menghasilkan muzik dan mixes, “kata Simon Lee yang telah membuat beratus-ratus remixes bootleg dan mashup dengan Alvin, sebagai tambahan kepada produksi asal mereka.

Selain itu , Simon Lee juga berkongsi bahawa mereka menggunakan A5- PRO kerana fungsinya yang cukup meluas- Duo ini menggunakannya untuk mendengar muzik-muzik yang diterima dan juga ketika menghasilkan rancangan  radio mingguan dan bulanan mereka.

“Setakat ini kami benar-benar kagum dengan ketahanan, kualiti bunyi  dan bass yang dihasilkan . Walaupun saya memakainya untuk jangka masa yang panjang, ia masih selesa. Dengan sentuhan dan klik reka bentuk lipatan yang padat, ia juga mudah disimpan ke dalam beg galas atau beg DJ, “kata Simon Lee.

Kuasa pengendalian yang cukup tinggi oleh A5- PRO juga telah menawan hati pengguna seperti beliau kerana audio masih boleh didengar dengan jelas walaupun dalam persekitaran yang bising seperti konsert kerana ianya penting untuk seorang DJ menghasilkan muzik yang terbaik.

Sama ada untuk penggunaan profesional dalam kalangan DJ , pemuzik dan penerbit  atau anda hanya mencari headphone untuk tujuan peribadi, A5 – PRO adalah pilihan terbaik. Simon Lee berkata ia sesuai untuk mereka yang mencari satu produk yang tahan lama serta yang mementingkan kualiti bunyi dan muzik.

” Daripada tercari-cari headphone dengan sistem  audio yang terbaik, adalah lebih baik jika anda mendapatkan A5-PRO kerana ia tahan lama serta diperbuat dari bahan berkualiti tinggi. Muzik anda juga akan kedengaran lebih “hidup”, tambah Simon Lee lagi.

Manakala Alvin juga terpesona dengan prestasi A5- PRO apabila mereka memainkan trek baru mereka kerana bunyi yang dihasilkan adalah cukup hebat.

“Bagi para DJ atau produser  yang sedang meningkat naik , A5 -PRO adalah satu produk yang mampu membantu anda dengan baik. Headphone ini juga sesuai untuk audiophiles . Sekarang saya telah menggunakan A5-PRO untuk mendengar muzik dari radio klasik mahupun komerisal, ia terbukti mampu dijadikan headphone untuk segala jenis genre muzik, “kata Alvin.

“Gibson Innovations berasa gembira dengan kerjasama yang dijalinkan dengan DJ terkemuka Malaysia ini. Simon Lee & Alvin adalah antara DJ yang paling inovatif dan berpengaruh di Malaysia, dan kami berbangga untuk bekerjasama dengan mereka seperti mana kami telah bekerjasama dengan Armin Van Buuren di pentas antarabangsa. Mereka telah menguji Philips A5- Pro dan ia terbukti mampu memenuhi keperluan mereka sebagai DJ dengan cukup sempurna, “kata Encik Andrew Tan, Ketua Perniagaan Gibson Inovasi Malaysia.

Headphone Philips A5-PRO 50mm dilengkapi pemacu neodymium definisi tinggi yang menawarkan bunyi frekuensi rendah berkualiti tinggi dan direka untuk pengendalian kuasa tinggi 3500mW. Penghasilan semula sumber dan kejelasan bunyi tiada tolok bandingnya dan membolehkan pendengar yang mahir mendengar dan merasai dengan teliti setiap nota.

Gibson_003.jpg

Ciri-ciri utama Philips A5-PRO:

•          Pengendalian kuasa maksimum 3500mW

•          Reka bentuk tertutup akustik

•          Input kabel boleh kunci dengan dua sisi

•          Penutup telinga berpusing 90 darjah

•          Reka bentuk kompak dan boleh dilipat

•          Cekak kepala yang dibuat daripada kulit asli, dengan kusyen dalaman lembut

•          Kabel gegelung yang boleh dicabut

•          Spesifikasi teknikal dan akustik yang terperinci

Headphone A5-PRO dijual pada harga RM2118.94 termasuk GST dan boleh didapati di semua gedung jualan utama di Malaysia.

Leave a comment