Jem Buah Beri Campuran Organik Alce Nero

Peneraju jenama produk organik di Itali, Alce Nero menawarkan rangkaian pasta, sos pasta, madu serta jem yang menarik, khusus buat mereka yang peka terhadap aspek kesihatan, alam sekitar dan gemarkan makanan yang asli. 

Jem buah-buahan Alce Nero diperbuat daripada buah-buahan organik berkualiti tinggi; 270g buah-buahan menghasilkan 270g jem. Ia tidak mengandungi gula tambahan, pektin, bahan pengawet mahupun aditif demi memberikan rasa serta aroma buah-buahan yang semula jadi. Jem buah-buahan Alce Nero terdiri daripada perisa strawberi, plum, pic dan buah beri campuran yang baru diperkenalkan.
 
Apabila dimakan dengan roti, pastri dan diletakkan di dalam muffin atau kek, jem Alce Nero sememangnya boleh menjadi sarapan yang  sempurna. Ia juga sedap dimakan bersama ayam panggang, yogurt, aiskrim atau pilihan-pilihan lain untuk menikmati kemanisan semula jadi yang menyihatkan ini.
 
Jem buah beri campuran Alce Nero mengandungi gabungan strawberi, raspberi, beri hitam dan beri biru organik yang seimbang. Ia menggabungkan rasa manis dan masam yang merangsang tunas rasa anda, selain menambah rasa istimewa kepada apa jua snek atau hidangan.
 
Hasilkan pencuci mulut yang sedap dengan resipi-resipi jem Alce Nero dimusim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali dan banyak lagi perayaan yang sesuai. Ia pasti dapat mengagumkan ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu dengan rasa, konsistensi dan aromanya yang segar. Tidak terkecuali, manfaat dari segi kesihatan kerana ia mempunyai kandungan serat yang tinggi dan bebas daripada gula tambahan. 
 
Antara resipi itu termasuklah kek span klasik, muffin campuran jem beri dan p dan pencuci mulut Mousse buah pic.
 
Cuba resipi Alce Nero serta ceriakan rakan-rakan dan ahli keluarga dengan hidangan enak yang anda hidangkan pada musim perayaan ini.

Mixed Berries Jam Muffins

Muffin Campuran Jem Beri

Ramuan : sediakan 14-15

A: 80g gula kastor, ¼ sudu kecil garam, 200g tepung gandum

(diayak), 1 sudu kecil serbuk penaik

B:100 ml yogurt biasa, 2 biji telur besar,1 sudu kecil ekstrak vanila,

150g mentega(dicairkan)

Inti

15 sudu besar campuran beri jem organik ALCE NERO

Untuk lapisan

150g gula kastor [terpulang], 15 keping acuan muffin

Kaedah:

  1. Panaskan ketuhar sehingga suhu 180℃.
  2. Letakkan bahan-bahan A ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
  3. Kacau yogurt, telur dan ekstrak vanila di dalam mangkuk yang lain. Tuangkan bahan-bahan basah dan mentega cair ke dalam bahan-bahan kering dan kacau sehingga sebati.
  4. Letakkan 2 sudu besar adunan ke dalam setiap lubang muffin. Tambah 1 sudu besar jem Alce Nero ke dalam lubang muffin dan kemudian tutup dengan adunan.
  5. Letakkan muffin ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit sehingga perang keemasan dan masak.
  6. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk selama 5 minit dalam tin sebelum keluarkan dan adunkan ia di dalam gula kastor [terpulang].

Jem buah beri campuran dan jem strawberi dijual pada harga RM 20.03 sebotol. Manakala jem buah plum pula berharga RM15.79.

Leave a comment